Wednesday, November 7, 2012

Akhir tahun ini....

Betapa ku sedari bahawa sekarang bibit tamatnya tahun ini telah menjelma. Tanpa ku sedari, berjuta kenangan telah ku simpan untuk tahun ini. Daripada terbitnya bulan pertama hinggalah jari-jemari menulis entri ini. Kejayaan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan, pertemuan, perpisahan, rindu, benci, dan jatuh hati. Semuanya telah hamba lalui tahun ini. Sekarang sudahpun berada di bulan yang ke 11. Meskipun perjalanan hamba masih panjang, hamba menyedari hakikat dunia sekarang. Betapa ramainya yang lebih hebat di luar sana bahkan mereka lebih berjaya daripada apa yang hamba pernah bayangkan. Terasa kecilnya diri ini apabila dibandingkan dengan mereka di luar sana. Timbul rasa iri hati dan malu terhadap perncapaian mahupun kehebatan yang ditunjukkan oleh mereka itu. Hebat benar ciptaan tuhan ini sebenarnya. Hamba berharap satu masa nanti hamba boleh memperoleh kehebatan seperti itu supaya hamba boleh membantu sesama insan di atas bumi tuhan ini. Akhir-akhir ini, pertemuan bersama teman baru yang benar-benar mengusik hati dan meninggalkan memoir yang mustahil untuk dilupakan. Teman yang baik dan pasti hamba jadikan teman buat selamanya. Tidak lupa juga sedetik perasaan yang timbul dalam hati tatkala bertemu seseorang yang bagi hamba cukup indah ciptaan tuhan itu. Hati sudah lama tidak rasa sebegini. Sungguh hamba bersyukur kerana tuhan masih mahu menjaga hamba daripada maksiat, jika tidak hamba tidak tahu apa yang mungkin hamba lakukan. Terima kasih tuhan atas kenangan dan pertemuan yang hebat ini. Maha Suci Engkau Tuhan. Pertemuan yang banyak mengajar hamba dan memanusiakan hamba. Apa-apa pun hamba melihat pada masa akan datang betapa hamba bakal dibebani amanah-amanah yang bagi hamba cukup berat. Hamba berharap agar tuhan kurniakan bantuan untuk memikul dan melaksanakan amanah-amanah tersebut. Moga-moga hamba berjaya mengatasi kelemahan diri hamba dan membantu yang lain.

Ada macam Crow Zero tak?
P/S: Lama benar hamba tak menulis, tertulis pula luahan hati dalam kertas peperiksaan. Habis hamba ditegur dan dimarahi atas kecuaian hamba. Minta maaf cikgu tapi cikgu harus faham, itulah yang dipanggil tulisan yang bersifat manusia.

No comments:

Post a Comment