Alhamdulillah, setelah berjuang buat kali ketiga tahun ini, hamba dan rakan-rakan telah berjaya mendapat kejayaan. Kejayaan yang cukup bermakna buat hamba dan raka-rakan. Meskipun dahulu sering terkandas di tangga-tangga terakhir sebelum ke puncak, kali ini dapat hamba dan rakan seperjuangan daki puncak tertinggi. Terima kasih buat semua yang membantu kami menempah kejayaan. Biarlah kekalahan-kekalahan sebelum ini menjadi pengajaran buat semua yang terlibat.
Hamba juga bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan suatu aktviti yang amat bermakna dan berharga buat diri hamba. Bukan sahaja boleh membanggakan hamba dan keluarga, tapi hamba juga bangga membawa nama bangsa, agama dan negara. Selain itu, kenangan yang diperoleh dirasakan begitu bernilai sekali. Pelbagai cerita yang menjadi inspirasi dan aspirasi terhadap diri hamba. Ibaratkan mereka yang bercerita itu sebagai perwira muda yang berjuang untuk yang tercinta.
 |
| "It's not easy to achieve the KEY of SUCCESS" |
Mengharapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hamba mendapat satu semangat perjuangan yang baru. Agar apa yang dijanjikan dan diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik. Hamba juga berharap yang kejayaan dunia dan akhirat akan mengiringi hamba buat selamanya. Buat warga bintang dan negara tercinta, akan hamba buktikan dengan menempa kejayaan dan meneruskan perjuangan yang tidak mengenal erti garis tamat ini.