Thursday, December 27, 2012

Pengakhiran dan permulaan

Kini masanya semakin hampir. Tahun 2013 bakal mengunjung tiba. Hamba tahu, betapa tahun itu merupakan tahun yang penting dan kritikal namun hamba juga tahu yang tahun itu menjadi sebuah pengakhiran dalam salah satu bab hidup hamba. Bukan itu sahaja, ia juga bakal menjadi sebuah permulaan baru untuk hamba. Apa-apa pun, hamba masih bersyukur kehadrat Ilahi kerana mampu hidup hingga kini. Hamba telah banyak menerima pada tahun ini juga banyak kehilangan namun hamba masih kurang memberi. Mungkin hamba perlu lebih memberi agar lebih terbuka pintu rezeki pada masa akan datang. Tidak lupa juga, kehadiran seseorang dalam hidup hamba mungkin memerlukan hamba memikirkan semula apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, hamba masih berharap yang Allah akan sentiasa membawa hamba ke jalan yang benar dan memelihara hamba. In shaa Allah, hamba akan terus untuk sama-sama membaiki diri hamba mahupun rakan-rakan serta saudara seIslam. Terima Kasih Allah atas kurniaanMu selama ini. 




Thursday, December 6, 2012

Perak Aku Datang

Salam, kini hamba baru pulang dari Perak. Menyiapkan projek video 'Perak Aku Datang' bersama saudara Fayyaz Imran dan Muhammad Zulfaqar. Bertemakan pengembaraan di Perak dan suspen, boleh dikatakan kami amat berpuas hati dengan video yang telah dihasilkan. Mengharapkan video ini akan membawa kejayaan kepada kami dalampertandingan Filem Pendek KPerak 2012. Bagaimanapun, penghormatan harus diberikan kepada pengarah saudara Fayyaz Imran atas hasil seninya yang menakjubkan. Tahniah sahabat!


Video trailer Perak Aku Datang

Sunday, November 18, 2012

Bahasa Thailand

Ini hamba ada belajar beberapa perkataan Thailand daripada kawan hamba yang comel. Dia tinggal di Pattani. Kiranya dia dah macam cikgu hamba dalam Bahasa Thailand. Terima Kasih banyak-banyak kepada saudari.

congratulations=dee jai juy
thank you=kob khun
welcome=duy kwam yin dee
friends=puan
boys=pushine
girls=puying
happy=me kwam sook
sad=mai me kwam sook
fun=sa nook
boring=mai sa nook
i love my family=chan rak krob krua
family=krob krua
sorry=kor tode
teacher=khun kru
cute=khunnarak
i want to travel=chan yak pai teaw
i love you=chan rak khun
jealous=ij cha
i am jealous=chan ij cha
thank you friends=kob khun/kob khun krab
love=rak
hate=kriad

Wednesday, November 7, 2012

Akhir tahun ini....

Betapa ku sedari bahawa sekarang bibit tamatnya tahun ini telah menjelma. Tanpa ku sedari, berjuta kenangan telah ku simpan untuk tahun ini. Daripada terbitnya bulan pertama hinggalah jari-jemari menulis entri ini. Kejayaan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan, pertemuan, perpisahan, rindu, benci, dan jatuh hati. Semuanya telah hamba lalui tahun ini. Sekarang sudahpun berada di bulan yang ke 11. Meskipun perjalanan hamba masih panjang, hamba menyedari hakikat dunia sekarang. Betapa ramainya yang lebih hebat di luar sana bahkan mereka lebih berjaya daripada apa yang hamba pernah bayangkan. Terasa kecilnya diri ini apabila dibandingkan dengan mereka di luar sana. Timbul rasa iri hati dan malu terhadap perncapaian mahupun kehebatan yang ditunjukkan oleh mereka itu. Hebat benar ciptaan tuhan ini sebenarnya. Hamba berharap satu masa nanti hamba boleh memperoleh kehebatan seperti itu supaya hamba boleh membantu sesama insan di atas bumi tuhan ini. Akhir-akhir ini, pertemuan bersama teman baru yang benar-benar mengusik hati dan meninggalkan memoir yang mustahil untuk dilupakan. Teman yang baik dan pasti hamba jadikan teman buat selamanya. Tidak lupa juga sedetik perasaan yang timbul dalam hati tatkala bertemu seseorang yang bagi hamba cukup indah ciptaan tuhan itu. Hati sudah lama tidak rasa sebegini. Sungguh hamba bersyukur kerana tuhan masih mahu menjaga hamba daripada maksiat, jika tidak hamba tidak tahu apa yang mungkin hamba lakukan. Terima kasih tuhan atas kenangan dan pertemuan yang hebat ini. Maha Suci Engkau Tuhan. Pertemuan yang banyak mengajar hamba dan memanusiakan hamba. Apa-apa pun hamba melihat pada masa akan datang betapa hamba bakal dibebani amanah-amanah yang bagi hamba cukup berat. Hamba berharap agar tuhan kurniakan bantuan untuk memikul dan melaksanakan amanah-amanah tersebut. Moga-moga hamba berjaya mengatasi kelemahan diri hamba dan membantu yang lain.

Ada macam Crow Zero tak?
P/S: Lama benar hamba tak menulis, tertulis pula luahan hati dalam kertas peperiksaan. Habis hamba ditegur dan dimarahi atas kecuaian hamba. Minta maaf cikgu tapi cikgu harus faham, itulah yang dipanggil tulisan yang bersifat manusia.

Friday, July 20, 2012

Perjuangan dan Kejayaan

Alhamdulillah, setelah berjuang buat kali ketiga tahun ini, hamba dan rakan-rakan telah berjaya mendapat kejayaan. Kejayaan yang cukup bermakna buat hamba dan raka-rakan. Meskipun dahulu sering terkandas di tangga-tangga terakhir sebelum ke puncak, kali ini dapat hamba dan rakan seperjuangan daki puncak tertinggi. Terima kasih buat semua yang membantu kami menempah kejayaan. Biarlah kekalahan-kekalahan sebelum ini menjadi pengajaran buat semua yang terlibat.

Hamba juga bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan suatu aktviti yang amat bermakna dan berharga buat diri hamba. Bukan sahaja boleh membanggakan hamba dan keluarga, tapi hamba juga bangga membawa nama bangsa, agama dan negara. Selain itu, kenangan yang diperoleh dirasakan begitu bernilai sekali. Pelbagai cerita yang menjadi inspirasi dan aspirasi terhadap diri hamba. Ibaratkan mereka yang bercerita itu sebagai perwira muda yang berjuang untuk yang tercinta.


"It's not easy to achieve the KEY of SUCCESS" 
Mengharapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hamba mendapat satu semangat perjuangan yang baru. Agar apa yang dijanjikan dan diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik. Hamba juga berharap yang kejayaan dunia dan akhirat akan mengiringi hamba buat selamanya. Buat warga bintang dan negara tercinta, akan hamba buktikan dengan menempa kejayaan dan meneruskan perjuangan yang tidak mengenal erti garis tamat ini.

Thursday, May 17, 2012

Perjuangan baru!

Baru hari ini boleh hamba menukil semula dalam laman tidak nyata ini. Hamba sekarang sudah 16 tahun mendiami bumi tercinta. Tidak terkira pengalaman serta kenangan yang dicipta. Kali ini, tirai 2012 kelihatan begitu bersinar ibarat mutiara. Banyak perkara yang berlansung dan bakal berlansung tahun ini. Apa-apapun tahun ini juga hamba terlibat dalam satu perjuangan baru. Meskipun hamba terpilih untuk menyertai perjuangan pada tahun ini, hamba masih berasa ada yang lebih layak daripada hamba. Namun begitu, hamba hanya boleh berserah kepada takdir. Sudah diberi amanah, takkan hamba hendak menghampakan yang mengharap. Hamba berjanji yang hamba akan buat yang terbaik dan sehabis baik. Hamba juga ingin sebenarnya melihat pihak hamba memenangi perjuangan kali ini. InsYaAllah, ada rezeki tahun ini. Doa dan usaha akan mengiringi hamba dan rakan-rakan. 

Friday, February 3, 2012

Hari ini....


Hari ini hari pertama hamba menulis semula dalam blog hamba. bukan mudah nak mencari waktu bila dah sibuk ni. Hari ini hamba dan rakan-rakan telah menyertai pertandingan. Hari ini kami menang dan ada yang kalah. Hari ini Malaysia masih lagi aman. Hari ini ada yang mati. Hari ni ada yang terseksa. Semua ini ialah ketentuan Allah yang Maha menentukan. Dialah yang menentukan segalanya, dari sekecil-kecil kejadian hinggalah sebesar-besar kejayaan. Memang ketentuan semua orang ada baik dan buruknya. Sedangkan Rasul Allah juga mengalami kekalahan dan ketentuan-ketentuan yang menyedihkan. Maka, mengapa bila kita mengalami satu-satu kekalahan, kita perlu meyalahkan yang lain atau takdir? Perkara itu telahpun ditentukan takdir. Malahan, kita mampu merubah takdir kita dengan usaha-usaha dan keinginan tertentu. Firman Allah yang bermaksud: 'Tidakkan Aku merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri'. Tapi rakan-rakan ku, hamba sekadar ingin memperingatkan bahawa perancangan Allah merupakan perancangan yang terbaik. Firman Allah yang bermaksud: 'Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik perancang'. Ini kerana Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Firman Allah yang membawa maksud: 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui'. Jadi, tiada apa yang perlu kita sedihkan dan risaukan. Yakinilah takdir Allah. Hari ini kita bersyukur kerana kita masih hidup untuk bersyukur kepadanya. HARI INI JUGA KITA YAKIN DENGAN ALLAH.