Monday, November 21, 2011

DUNIA INI....

Semalam, ada orang kata mungkin dia mati. Hari ini, dia kata dia hidup. Melalui kata-katanya, boleh aku tarifkan perasaanya. Takut nak mati, tapi tak mengelak mati. Seronok nak hidup tapi tidak menjaga hidupnya elok-elok. Hari ini, mungkin kita aman. Esok, mungkin kita perang. Lusa, mungkin kita tiada. Tulat, mungkin dunia tiada.....

Aku terfikir,"Mengapa kita sentiasa mengejar kematian? Sedangkan, kita tidak mahu mati. Tapi, kita mati. Mengapa kita berbunuhan? Sedangkan, orang lain seperti kita juga. Tapi, kita bunuh. Mengapa kita perang? Sedangkan, kita tidak inginkan peperangan. tapi, kita perang. Adakah kita ini bodoh atau kita terlampau menipu diri kita ini?"

Dunia ini tidak pernah aman sebenarnya. Kita tidak pernah lari daripada kezaliman. Peperangan. Pembunuhan. Penyeksaan. Kebuluran. Mana perwira dengan pedang lagenda dan baju perisai putih berkilat? Mana raja yang baik menamatkan peperangan? Mana perwira bertopeng berkuasa sakti menyelamatkan dunia? Adakah semua itu khayalan semata-mata?

Tetapi, manusia sentiasa cuba untuk berubah. Wujudnya usaha-usaha untukmenyelamatkan dunia. Adanya individu-individu yang ingin menjadi perwira berbaju perisai berkilat. Dengan itu, wujudlah kestabilan atas muka bumi ini. Benarlah kata Tuhan Maha Esa,'Semua perkara dicipta berpasangan. Semua ciptaan itu ada hikmahnya.'

Dalam kegelapan, ada cahaya. Dalam cahaya, ada kegelapan. Untuk melindungi, kita mesti berlawan. Untuk berlawan, kita mesti melindungi. Apabila kegelapan datang, cahaya akan pergi. Apabila cahaya datang, kegelapan akan pergi. Ada yang mati, ada yang hidup. Ada yang jumpa, ada yang hilang. Mana yang patah, tumbuh berganti...

"People hate to die, but they die. People hate to kill, but they kill. People hate war, but they make war. Was it even worth it? To take lives, just to save another lives. To start a war, just to stop another war. Can we stop taking another lives? Can we stop starting a war? Can we save everyone? I do not know. I am not god. I am only a HUMAN."
(Anonymous)

Friday, August 5, 2011

DAH TIBA.....




Ramadhan tiba lagi. Berpijaklah di bumi nyata, meskipun ini bulan rahmat tapi kalau diri ini masih dilaknat ia tetap bukan rahmat. Marilah kita mengejar kebaikan Ramadhan. Kejarlah ilmu dan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Ingatlah, Imam Ghazali berbicara; 'Lebih berilmu seseorang, lebih takutlah dia kepada Allah'. Persoalannya, mengapa meskipun kita sudah bergelar doktor falsafah tapi kita masih gagal mengawal nafsu Amarah. Mungkin apa yang kita belajar hanyalah kemahiran bukanlah ilmu sebenar-benar ilmu. Tidak mengapalah, kita masih boleh berubah. Lagi-lagi ini bulan rahmat. Marilah kita sama-sama mengejar ilmu Allah dan berubah agar senantiasa di rahmati.


Pesanan:

Rasulullah bersabda; 'kalau kamu mahukan dunia dan akhirat, kecapilah dengan ilmu'. Jadi carilah ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. IsyaAllah, Allah mengangkat darjat orang berilmu beberapa darjat.

Friday, July 22, 2011

kekalahan....


Tatkala harapan menggunung tinggi, ketika itulah Yang Maha Esa ingin menduga. Kekalahan yangtiba memang pahit dirasa. Bukan senang untuk menerima. Tapi, apakan daya? Itulah kenyataanya. Tidak mengapalah. Esok lusa dan tahun seterusnya bakal tiba. Mungkin iya mungkin tidak? Apa yang penting ialah usaha. Dengan izinnya, kami akan berjaya. Membawa kembali piala ke bumi bintang Ipoh tercinta. Semuanya ada hikmahnya.

Kekalahan kami, pasukan bintang kepada pasukan petunjuk amatlah tipis. Hanya dengan kelebihan 1 juri. Tidak mengapa tiada rezeki. Mungkin disebabkan kesalahan kami. InsyaAllah, tahun seterusnya akn terus bersinar dan menggegam piala. Mungkin bikan sekarang tapi pasti akan ku genggam Tun Sri Lanang.

Friday, July 15, 2011

cabaran dan dugaan

Salam,

Hamba nak sampaikan tahniah buat pelajar bintang yang telah berjaya membawa pulang piala untuk sekolah kebanggaan. Sekarang, tiba masa hamba dan rakan-rakan untuk membawa lagi satu piala untuk kebanggaan bumi bintang. Cadaran yang bakal dihadapi memang besar tapi apapun boleh terjadi dengan kehendak Allah Maha Esa dan Berkehendak. Harapan dan keyakinan senantiasa Allah kurniakan. Harap tuan-tuan hamba mendoakan kejayaan hamba dan 3 lagi rakan bintang untuk mencapai gemerlapan bintang kebanggaan. Berusahalah untuk kejayaan kami semua.

Kejayaan tidak pernah berakhir, kegagalan tidak pernah musnah, keberanian yang dikira.

Friday, May 13, 2011

berusahalah....

Tiap-tiap pekerjaan perlukan usaha. Maka, berusahalah kita untuk menyelesaikan pekerjaan itu sama ada dengan baik atau tidak. Peperiksaan baru bermula minggu pertama.... Bahang periksa itu lansung tidak memanaskan akal dan hati ini. Tidak mengapalah.... Janji diri ini berusaha sebaiknya. Ingatlah teman-teman..:
  1. Tiada yang sempurna melainkan Allah.
  2. Usaha tidak berguna jika tiada tawakkal
  3. Ikhlaskan usaha untuk Allah Tuhan Semesta Alam
  4. Berusahalah setakat mana mampu dan redhalah menerima Qada' dan Qadarnya
Maaflah berceloteh kepada komputer tidak bersalah ini....

Friday, April 1, 2011

aduh......


Minggu peperiksaan baru sahaja tamat. Keputusan terbaru yang sampai pada pengetahuan saya amatlah menyedihkan diri ini. Diri ini gagal untuk membuktikan pada warga lain bahawa diri ini masih lagi mempunyai taring yang cukup tajam untuk mempertahankan takhta dalam bidang akademik. Hamba ini juga bersedih kerana buat pertama kalinya mendapat BAIK dalam ilmu hisab. Warga lain berkata faktor kejatuhan hamba adalh disebabkan kesibukan hamba melayan kegiatan kokurikulum. Namun begitu, hamba menafikan perkara itu. Hamba ini patah taringnya adalah disebabkan tiadanya keberkatan dan usaha yang cukup gigih serta kurangnya perhatian sewaktu guru mengajar. Oleh sebab itu, hamba ini mahu berubah agar taring yang mampu merobek kertas-kertas peperiksaan intu tumbuh kembali dan merebut takhta hamba. Buat yang membaca, doakanlah kejayaan hamba dan berusahalah bersungguh di atas muka bumi serta berbahagialah dengan sebaiknya agar kita tidak mudah berasa lemah dan putus asa.


Ingatlah, Allah pernah berfirman:

Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.

Friday, March 25, 2011

2011 Penentu aku mampu atau tidak....


assalamualaikum...
lama da tak menulis dalam blog ni....

Aku sudah 15 tahun. Aku sudah mengenal apa itu salah dan betul. Aku sudah tahu apa yang aku nak buat dekat atas muka bumi ini. Aku keliru. Aku tidak mengerti. Apakah yang perlu aku lakukan?? ....

Sebenarnya ini adalah soalan-soalan yang pernah terbit dalam kotak pemikiran aku. DAlam kehidupan aku selama 15 tahun aku tidak merasai kemenangan yang sebenar-benarnya. Aku tidak pernah lagi merasai nikmatnya mencapai kejayaan. Entah apa yang sebenarnya au mahukan juaga aku tidak pernah mengerti. Perlukah aku mengubah kotak pemikiranku? Tahun inilah penetunya. Aku akan memastikan diriku dalam keadaan terbaik dan kejayaan yang dikecapi adalah kejayaan sejati. Mungkin personaliti aku bukan sepertimana yang aku harapkan. Aku bukanlah wira dalam komik atau adiwaira betopeng dengan personaliti sempurna dan sebagainya. Aku akan menjadi yang terbaik dan kotakan janji aku pada diri sendiri. Terima kasih kepada yang menyokong dan membantu aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu semua.

Kita Doakan bersama agar Allah redha dengan kita semua. Sekian terima kasih.