Sunday, December 1, 2013

Permulaan baru!




Every thousands steps start with a small step.
Lama sungguh sejak kali terakhir menulis. Kini, hamba sudahpun menamatkan zaman persekolahan. Terlalu sibuk memikirkan tentang SPM dan lain-lain. Hamba mengharapkan hamba tidak hilang semangat dan keinginin untuk terus menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Hamba sejujurnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang pernah terlibat dalan hidup hamba. Kesemua mereka telah berjasa besar dalam membentuk diri hamba yang sekarang ini. Insha Allah, hamba akan berusaha keras untuk membaiki diri hamba terutama dalam menjalani terapi diri ini. Dalam masa yang sama juga, hamba ingin sekali merancang beberapa projek sempena cuti sebentar sebelum melanjutkan pelajaran ke alam kolej dan universiti. Sesungguhnya sekolah itu hanyalah satu medan latihan untuk menyediakan anak-anak sebelum mereka benar-benar mengenali realiti yang menyakitkan. Buat sahabat-sahabat BROVII, hamba doakan anda semua agar sentiasa berada di atas jalan yang benar dan tidak tersesat mahupun tersungkur sebelum sempat membanggakan diri anda.

 
Teman dah graduate
 
 
Dema pun dah








Guru-guru kesayangan



Guru-guru wanita


Guru-guru lelaki
 


Wednesday, May 29, 2013

Berakhirlah sebuah perjuangan...

Kini sudah 5 tahun hamba berada dalam alam persekolahan menengah. Ia merupakan tahun terakhir hamba dalam arena perdebatan Piala Perdana Menteri. Sayang, tatkala menjadi harapan dan sangkaan semua untuk menggenggam piala itu, tampaknya kuasa Tuhan Maha Esa menentukan segalanya. Sekali lagi hamba dan teman seperjuangan hamba rebah sebelum melangkah ke pentas perdana. Mungkin kami tidak mampu menerima kekalahan itu kerana kami tahu betapa kami ini lebih bagus daripada mereka. Tidak mengapalah, meskipun bergenang air mata dan sayu hati menerimanya. Ketentuan Tuhan perlu diterima agar kita tidak syirik padaNya. Sesungguhnya, Allah yang menentukan segalanya dan Dia mengetahui kebaikan di sebalik sesuatu kejadian. Tidak mungkin akan hamba lupakan betapa peritnya hati ini menerima kegagalan membawa pulang Piala Perdana Menteri ke bumi Ipoh sekali lagi. Buat Cikgu Shahnun, hamba mengucapkan ribuan terima kasih kerana selama ini sanggup menerima kehadiran hamba yang tidak seberapa ini dalam keluarga bahas bahasa melayu STAR. Amirul atau Black dan Dinie, tuan hamba berdualah merupakan rakan seperjuangan hamba yang begitu dihormati, disanjungi dan disayangi. Moga Tuhan membenarkan kita bersama sekali lagi dalam arena perdebatan satu masa lagi. Minta maaf keluargaku, rakan-rakanku, guru-guruku dan semua yang mengharap dan mendoakan agar kami berjaya. Sekali lagi hamba menghampakan anda semua. Terima kasih tidak terhingga atas semua sokongan yang diberkan terutama ibuku, rakan-rakan sekolahku serta En Nadzif dan keluarga. Buat keluarga bahas, minta maaf dan terima kasih atas segalanya. Sebelum meninggalkan laman ini, suka untuk hamba kongsikan firman Allah;

"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"
(Al-Baqarah ayat 30)

Yakinlah dengan ketentuanNya. Itu lebih baik bagi kita semua.
Ribuan terima kasih cikgu atas kepercayaan dan sokongan cikgu selama ini

Segala kenangan kita takkan hamba lupakan

Keluarga ini akan kekal di hati hamba
Teruskan kecemerlangan keluarga ini

Thursday, December 27, 2012

Pengakhiran dan permulaan

Kini masanya semakin hampir. Tahun 2013 bakal mengunjung tiba. Hamba tahu, betapa tahun itu merupakan tahun yang penting dan kritikal namun hamba juga tahu yang tahun itu menjadi sebuah pengakhiran dalam salah satu bab hidup hamba. Bukan itu sahaja, ia juga bakal menjadi sebuah permulaan baru untuk hamba. Apa-apa pun, hamba masih bersyukur kehadrat Ilahi kerana mampu hidup hingga kini. Hamba telah banyak menerima pada tahun ini juga banyak kehilangan namun hamba masih kurang memberi. Mungkin hamba perlu lebih memberi agar lebih terbuka pintu rezeki pada masa akan datang. Tidak lupa juga, kehadiran seseorang dalam hidup hamba mungkin memerlukan hamba memikirkan semula apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, hamba masih berharap yang Allah akan sentiasa membawa hamba ke jalan yang benar dan memelihara hamba. In shaa Allah, hamba akan terus untuk sama-sama membaiki diri hamba mahupun rakan-rakan serta saudara seIslam. Terima Kasih Allah atas kurniaanMu selama ini. 




Thursday, December 6, 2012

Perak Aku Datang

Salam, kini hamba baru pulang dari Perak. Menyiapkan projek video 'Perak Aku Datang' bersama saudara Fayyaz Imran dan Muhammad Zulfaqar. Bertemakan pengembaraan di Perak dan suspen, boleh dikatakan kami amat berpuas hati dengan video yang telah dihasilkan. Mengharapkan video ini akan membawa kejayaan kepada kami dalampertandingan Filem Pendek KPerak 2012. Bagaimanapun, penghormatan harus diberikan kepada pengarah saudara Fayyaz Imran atas hasil seninya yang menakjubkan. Tahniah sahabat!


Video trailer Perak Aku Datang

Sunday, November 18, 2012

Bahasa Thailand

Ini hamba ada belajar beberapa perkataan Thailand daripada kawan hamba yang comel. Dia tinggal di Pattani. Kiranya dia dah macam cikgu hamba dalam Bahasa Thailand. Terima Kasih banyak-banyak kepada saudari.

congratulations=dee jai juy
thank you=kob khun
welcome=duy kwam yin dee
friends=puan
boys=pushine
girls=puying
happy=me kwam sook
sad=mai me kwam sook
fun=sa nook
boring=mai sa nook
i love my family=chan rak krob krua
family=krob krua
sorry=kor tode
teacher=khun kru
cute=khunnarak
i want to travel=chan yak pai teaw
i love you=chan rak khun
jealous=ij cha
i am jealous=chan ij cha
thank you friends=kob khun/kob khun krab
love=rak
hate=kriad

Wednesday, November 7, 2012

Akhir tahun ini....

Betapa ku sedari bahawa sekarang bibit tamatnya tahun ini telah menjelma. Tanpa ku sedari, berjuta kenangan telah ku simpan untuk tahun ini. Daripada terbitnya bulan pertama hinggalah jari-jemari menulis entri ini. Kejayaan, kekalahan, kesedihan, kegembiraan, pertemuan, perpisahan, rindu, benci, dan jatuh hati. Semuanya telah hamba lalui tahun ini. Sekarang sudahpun berada di bulan yang ke 11. Meskipun perjalanan hamba masih panjang, hamba menyedari hakikat dunia sekarang. Betapa ramainya yang lebih hebat di luar sana bahkan mereka lebih berjaya daripada apa yang hamba pernah bayangkan. Terasa kecilnya diri ini apabila dibandingkan dengan mereka di luar sana. Timbul rasa iri hati dan malu terhadap perncapaian mahupun kehebatan yang ditunjukkan oleh mereka itu. Hebat benar ciptaan tuhan ini sebenarnya. Hamba berharap satu masa nanti hamba boleh memperoleh kehebatan seperti itu supaya hamba boleh membantu sesama insan di atas bumi tuhan ini. Akhir-akhir ini, pertemuan bersama teman baru yang benar-benar mengusik hati dan meninggalkan memoir yang mustahil untuk dilupakan. Teman yang baik dan pasti hamba jadikan teman buat selamanya. Tidak lupa juga sedetik perasaan yang timbul dalam hati tatkala bertemu seseorang yang bagi hamba cukup indah ciptaan tuhan itu. Hati sudah lama tidak rasa sebegini. Sungguh hamba bersyukur kerana tuhan masih mahu menjaga hamba daripada maksiat, jika tidak hamba tidak tahu apa yang mungkin hamba lakukan. Terima kasih tuhan atas kenangan dan pertemuan yang hebat ini. Maha Suci Engkau Tuhan. Pertemuan yang banyak mengajar hamba dan memanusiakan hamba. Apa-apa pun hamba melihat pada masa akan datang betapa hamba bakal dibebani amanah-amanah yang bagi hamba cukup berat. Hamba berharap agar tuhan kurniakan bantuan untuk memikul dan melaksanakan amanah-amanah tersebut. Moga-moga hamba berjaya mengatasi kelemahan diri hamba dan membantu yang lain.

Ada macam Crow Zero tak?
P/S: Lama benar hamba tak menulis, tertulis pula luahan hati dalam kertas peperiksaan. Habis hamba ditegur dan dimarahi atas kecuaian hamba. Minta maaf cikgu tapi cikgu harus faham, itulah yang dipanggil tulisan yang bersifat manusia.

Friday, July 20, 2012

Perjuangan dan Kejayaan

Alhamdulillah, setelah berjuang buat kali ketiga tahun ini, hamba dan rakan-rakan telah berjaya mendapat kejayaan. Kejayaan yang cukup bermakna buat hamba dan raka-rakan. Meskipun dahulu sering terkandas di tangga-tangga terakhir sebelum ke puncak, kali ini dapat hamba dan rakan seperjuangan daki puncak tertinggi. Terima kasih buat semua yang membantu kami menempah kejayaan. Biarlah kekalahan-kekalahan sebelum ini menjadi pengajaran buat semua yang terlibat.

Hamba juga bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan suatu aktviti yang amat bermakna dan berharga buat diri hamba. Bukan sahaja boleh membanggakan hamba dan keluarga, tapi hamba juga bangga membawa nama bangsa, agama dan negara. Selain itu, kenangan yang diperoleh dirasakan begitu bernilai sekali. Pelbagai cerita yang menjadi inspirasi dan aspirasi terhadap diri hamba. Ibaratkan mereka yang bercerita itu sebagai perwira muda yang berjuang untuk yang tercinta.


"It's not easy to achieve the KEY of SUCCESS" 
Mengharapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hamba mendapat satu semangat perjuangan yang baru. Agar apa yang dijanjikan dan diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik. Hamba juga berharap yang kejayaan dunia dan akhirat akan mengiringi hamba buat selamanya. Buat warga bintang dan negara tercinta, akan hamba buktikan dengan menempa kejayaan dan meneruskan perjuangan yang tidak mengenal erti garis tamat ini.