Thursday, December 3, 2009
Entahlah
Hari ini, aku tak tahu nak buat apa.... mungkin aku patut sambung tidur aku kot??? Tapi tak apalah. Orang tua-tua kata tidur banyak nanti badan tak sihat. Betul juga kata orang tua-tua ni kan? Tatkala aku sedang leka membaca surat khabar.... aku ternampak satu artikel yang menarik. Artikel itu mengatakan bahawa komputer buatan cina tahan lasak. Aku kurang pasti dengan apa yang dia cakap sebab setahu aku, barangan buatan cina tak adalah berkualiti sangat... Entahlah, kalau barangan cina yang nak dipromosikan tetapi barangan buatan Malaysia ak dipromosikan, aku tak tahlah apa akan jadi dengan malaysia ini. Tapi, orang Malaysia pun satu, tak nak kerja sungguh-sungguh dalam pekerjaannya. Tak PROFESSIONAL kata mak aku. Dahlah puas aku membebel. Ini ajelah untuk kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment